Sunday, 20 December 2009

"Pemandu terbaik"

Rahim memandu kereta dan tiba-tiba seorang polis menahannya.Rahim menurunkan tingkap kereta nya dan bertanya kepada polis tersebut.

Rahim : Ye Encik, ade ape masalah??
Polis : Erm..takde pape, saya telah memerhatikan cara pemanduan encik.Hari ini adalah hari bertuah encik kerana saya ingin memberikan encik wang tunai sebanyak RM5,000 kerana dianugerah pemandu terbaik.Tahniah!erm encik akan buat ape dengan wang ini nanti?

Rahim berfikir sejenak lalu die pun berkata

Rahim : Erm saye rase saya nak gune duit ni untuk wat lesen kereta lah.

Mahmud yang duduk disebelahnya menyampuk percakapan si Rahim.

Mahmud : Oo..encik polis jangan dengar ape yang die kate.Die nie bengong sikit kalau dah mabuk todi.

Si Leman yang duduk di belakang pula menjerit dalam kekecewaan.

Leman : Aku dah cakap, kita takkan terlepas dengan kete curi nih!!

Seketika itu, kedengaran pulak dari bonet belakang kereta di ketuk dan terdengar seseorang berkata Pak!! Pak!! udah sampe ke belom?

Si penjual telur...

Penjual Telur Di sebuah pasar tradisional.

Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"

Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"

Pembeli: "Telur ayam."

Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"

Pembeli: "Ayam biasa."

Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"

Pembeli: "Yang tempatan."

Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?"

Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).

Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau selatan?"

Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"

Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.

Sejarah asal penyanyi M'sia dn Indonesia

1) Kumpulan Rock yang telah mengerjakan Haji/Abang-abang Haji.....KUMPULAN BAJI

2) Penyanyi yang sering fail dalam karangan sebab guna noktah kat depan ayat.....TITIK PUSPA

3) Penyanyi yang paling demand banyak duit.....HETTY COST ENDANG

4) Kumpulan yang berasal dari Bukit Gasing.....KUMPULAN SPIN

5) Penyanyi yang paling berat dalam sejarah.....ABOT (dalam bahasa jawa bermaksud berat)

6) Kumpulan Orang Asli Paling Berjaya.....O.A.G (Orang Asli Gombak)

7) Kumpulan yang paling murah menerima bayaran.....SCOIN (pakai syiling jer)

8) Kumpulan Nasyid yang terdiri dari orang jawa.....AL-JAWAHER

9) Kumpulan Rock yang Paling wangi.....MAY (Bau Sabun)

10) Kumpulan Rock Paling Bahaya.....AMUK

11) Kumpulan Rock Yg Terdiri dari Bomoh Professional .....MANTERRA

12) Kumpulan Rock yang takut mandi pagi.....GIEGIEL

13) Kumpulan Rock yang selalu kena migrain.....HEADWIND

14) Kumpulan yang telah mengkormersialkan Roti Benggali Pedas.....GINGERBREAD

15) Kumpulan yang mudah berpecah.....KRISTAL

16) Kumpulan Rock yang makan nasi pakai tangan kiri .....LEFTHANDED

17) Kumpulan yang ada power..... KEMBARA (sebab ader DVVT)

18) Kumpulan yang terdiri dari pesawah.....PADI

19) Kumpulan yang paling popular di pagi raya.....TOO PHAT (Ke-too-phat)

20) Penyanyi kesukaan David Beckam.....SITI SARAH

21) Kumpulan yang kejap cantek kejap hodoh.....PRETTY UGLY

22) Kumpulan yang takleh nyanyi kat Europe.....METALASIA

25) Kumpulan yang boleh lihat tapi tak leh pegang.....4U2C

26) Penyanyi yang tak pernah kena speed trapppp.....MELLY GO-SLOW

27) Kumpulan yang sentiasa menyambut 'HARI GURU'.....TEACHERS PET

28) Kumpulan yang susah nak sakit.....MEDICINE

29) Kumpulan yang berkerjaya tapi pendek umur.....DR. KRONIK

30) Kumpulan yang buat show kat everest .....IKLIM

31) Kumpulan yang kena sertu apabila di sentuh.....BLACK DOG BONE

32) Kumpulan yang paling bengap walaupun dah kaya.....PAK PANDER

33) Kumpulan yang paling di hormati .....KUMPULAN DEWA

34) Kumpulan yang memperkenalkan Roti Boy di Midvalley.....NEW BOYZ

37) Kumpulan yang tak akan buat show pada bulan lain kecuali bulan 9.....SWEET SEPTEMBER

38) Kumpulan Paling berani.....KAMIKAZE

39) Kumpulan yang selalu gi konvoi.....XPDC

41) Kumpulan yg ada sayap.....WINGS

42) Kumpulan yg suka amik gambar & autograf.....FOTOGRAF

43) Kumpulan yg selalu dapat cari orang (macam along/ceti).....SEARCH

44) Kumpulan yg sering kemarau / kekeringan / horny.....GERSANG

45) Kumpulan yg selalu banteras rasuah.....B.P.R (Bumi Putra Rockers)

46) Kumpulan yg suka dera kucing.....Alleycats

47) Kumpulan yg banyak taik mata.....E.Y.E

48) Kumpulan yg suka tanam bunga ros hitam.....BLACKROSE

49) Kumpulan yg selalu adakan jualan karnival beli belah.....MEGA (Mega Sales)

50) Kumpulan yg ada daya tarikan bumi.....GRAVITY

Bihun vs Mee

Bihun sangat cemburukan mee. Walau duduk di rak bersebelahan di supermarket, mereka tak pernah bertegur sapa. Malah bihun sering mempersendakan mee di depan umum, "Dasar si kuning gemuk... ingat orang suka sangat kat dialah tu!" hari-hari berlalu... namun mee buat bodo je dengan segala kerenah dan hinaan bihun.

Sehingga satu hari pekerja supermarket mengalih rak mee ke tempat lain. bihun gembira kerana tidak lagi melihat musuh tradisinya.

Hari berikutnya rak baru diletakkan di sebelah bihun, rak spaghetti. Bihun rasa marah dah berteriak; "Hoi, si kuning gemuk! jangan fikir ko buat teknik rebonding camtu aku tak kenal ko!!!"

Beli Keretaa~~

Ahmad membawa wang tunai sebanyak 10 ribu ringgit untuk membeli sebuah kereta second hand di sebuah pusat jualan kereta. Dalam perjalanan, 5 ringgit dari wangnya tercicir. Dia pun runsing kerana tak cukup wang sebanyak 5 ringgit untuk membeli kereta itu. Secara kebetulan, pakciknya ada di situ dan menegurnya.

Pakcik : Ahmad, kamu buat apa di sini?
Ahmad : Oh pakcik. Nasib baik pakcik lalu sini. Saya nak minta tolong sikit. Pinjamkan saya 5 ringgit boleh?
Pakcik : Boleh, tapi kamu nak buat apa?
Ahmad : Saya nak beli kereta.
Pakcik : Kalau macam tu nah ambil 10 ringgit. Beli untuk pakcik satu lagi kereta.
Ahmad : Err...?

Saturday, 19 December 2009

Penjual Keldai..

Al-kisah maka tersebutlah kisah... ..

Seorang saudagar keldai dari tanah Arab yg ingin menjual keldainya di pasar. Dalam perjalanan menuju ke destinasinya utk menjual keldai2nya dia mengira keldai2. Sambil menunggang salah seekor keldai dia mengira,1,2,3... 9

'Huh, xboleh jadi ni, kurang sekor,' di berkata.

Lalu dia turun dari keldai yg ditunggangya utk mengira semula bilangan keldai2nya

'1,2,3,4,5,6,7,8,9,10..huh cukup pun,'katanya.

Dia kembali menunggang keldainya utk meneruskan perjalanan ke pasar.Semasa meneruskan perjalan itu dia mengira kembali keldai2nya.Dia berasa hairan kerana keldainya kurang seekor.Dia pun turun, dan mengira kembali keldai2nya. Dia berasa lebih hairan kerana keldainya cukup.

Lalu dia mengambil keputusan, 'Lebih baik aku berjalan kaki,kalau aku xmenunggang keldai nescaya aku untung seekor.

p/s = ape daa...

Karangan budak darjah 4

Pagi itu pagi minggu.
Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.
Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk.Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.

Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah.Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya
naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya.

Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di
dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas
helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di
dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai.

Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat
lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin
mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai dengan menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi
yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut
dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat
sebelum saya mati.

p/s = hahaha..buat kesimpulan korg..

hello~~

pertame sekali...
blog nih psl article2 malay...
so..korg lyn je laa ape yg ak akn post..
huhu